Tuesday 14 August 2012

HAYATI ERTI KEMERDEKAAN: JAINAB

Ehsan: Daily Express 14.08.2012

Kota Kinabalu: Generasi muda perlu diberikan pendedahan dan pemahaman tentang kemerdekaan supaya mereka dapat menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan yang dicapai oleh negara pada masa kini.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, semangat patriotisme tidak cukup hanya dengan melaung-laungkannya semata-mata, tetapi juga perlu seiring dengan rasa cinta yang mendalam dan sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah negara.

"Dalam usia kemerdekaan negara yang kini mencecah 55 tahun, rakyat perlu merenung kembali usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh generasi dahulu yang bekerja keras sehingga negara berjaya mencapai kemerdekaan dan kemajuan sehingga kini, katanya".

Wanita UMNO Sabah kini dilihat aktif menganjurkan program-program kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadhan. Terbaru adalah program "Wanita UMNO Sabah Lawat Didikan Taman Kanak-kanak - Masih ada yang sayang". Lawatan yang diketuai oleh Datuk Hjh Armani Hj Mahiruddin turut dihadiri Datuk Jainab. Dalam program lawatan tersebut, Wanita UMNO Sabah menyampaikan sumbangan baju raya dan duit raya serta beras daripada pihak BERNAS. 

Sunday 12 August 2012

Moreh bersama YB Ketua Bahagian, Langkah Pro Aktif Dekati Rakyat


Pada 12 Ogos 2012, Majlis moreh bersama Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Ybhg Datuk Jumat Haji Idris telah diadakan di kediamannya di Jalan Saga, Likas. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Adun N12 Karambunai Datuk Jainab DSP Ahmad Ayid. Kira-kira 300 orang menghadiri majlis ini dan mereka mengambil kesempatan tersebut untuk beramah-mesra bersama pemimpin sempena bulan ramadhan ini. 
 
YB Datuk Jumat Hj Idris, beramah mesra bersama hadirin yang hadir

Para hadirin terdiri daripada masyarakat setempat, pemimpin-pemimpin parti daripada peringkat akar umbi, pegawai-pegawai kerajaan dan juga tidak ketinggalan ahli keluarga yang terdekat. Majlis seperti ini telah pun diadakan beberapa kali dibeberapa lokasi sekitar Parlimen P171 Sepanggar bersempena dengan bulan ramadhan.  Namun apa yang istimewa pada kali ini adalah, ianya diadakan di kediaman Datuk Jumat sendiri. Ini adalah kerana, beliau ingin lebih dekat dan lebih rapat dengan rakyat Sepanggar khususnya. Suasana harmoni seumpama ini menunjukkan betapa beliau berjiwa rakyat dan senantiasa mencari ruang untuk memahami kehendak dan isi hati rakyat Sepanggar. 

Maka tidak hairanlah, jika beliau adalah pemimpin yang begitu dihormati dan disayangi oleh rakyat Sepanggar, sekaligus menjadikan beliau calon yang paling disebut-sebut di kawasan P 171 Sepanggar bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU13 yang akan datang.



Sunday 5 August 2012

Kenali Sepanggar



Sepanggar merupakan salah satu subdaerah yang terletak di tepi pantai barat bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasinya cukup cantik, menarik dan strategik kerana terdapat kawasan bukit di tepi pantai Teluk Sepanggar. Ahli Parlimen bagi Sepanggar (P.171) ialah Eric Enchin Majimbun dari Parti Maju Sabah (SAPP). Kawasan parlimen Sepanggar dibahagi kepada dua DUN, iaitu Karambunai (N.12) dan Inanam (N.13).

Di sini terdapat kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Latihan simulasi kapal selam TLDM ditempatkan di kem ini. Dua buah kapal selam jenis Scorpene yang dibina di Sepanyol ditempatkan di limbungan Teluk Sepanggar. Kapal selam ini diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.