Tuesday 14 August 2012

HAYATI ERTI KEMERDEKAAN: JAINAB

Ehsan: Daily Express 14.08.2012

Kota Kinabalu: Generasi muda perlu diberikan pendedahan dan pemahaman tentang kemerdekaan supaya mereka dapat menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan yang dicapai oleh negara pada masa kini.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, semangat patriotisme tidak cukup hanya dengan melaung-laungkannya semata-mata, tetapi juga perlu seiring dengan rasa cinta yang mendalam dan sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah negara.

"Dalam usia kemerdekaan negara yang kini mencecah 55 tahun, rakyat perlu merenung kembali usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh generasi dahulu yang bekerja keras sehingga negara berjaya mencapai kemerdekaan dan kemajuan sehingga kini, katanya".

Wanita UMNO Sabah kini dilihat aktif menganjurkan program-program kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadhan. Terbaru adalah program "Wanita UMNO Sabah Lawat Didikan Taman Kanak-kanak - Masih ada yang sayang". Lawatan yang diketuai oleh Datuk Hjh Armani Hj Mahiruddin turut dihadiri Datuk Jainab. Dalam program lawatan tersebut, Wanita UMNO Sabah menyampaikan sumbangan baju raya dan duit raya serta beras daripada pihak BERNAS. 

0 comments:

Post a Comment