Sunday 12 August 2012

Moreh bersama YB Ketua Bahagian, Langkah Pro Aktif Dekati Rakyat


Pada 12 Ogos 2012, Majlis moreh bersama Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Ybhg Datuk Jumat Haji Idris telah diadakan di kediamannya di Jalan Saga, Likas. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Adun N12 Karambunai Datuk Jainab DSP Ahmad Ayid. Kira-kira 300 orang menghadiri majlis ini dan mereka mengambil kesempatan tersebut untuk beramah-mesra bersama pemimpin sempena bulan ramadhan ini. 
 
YB Datuk Jumat Hj Idris, beramah mesra bersama hadirin yang hadir

Para hadirin terdiri daripada masyarakat setempat, pemimpin-pemimpin parti daripada peringkat akar umbi, pegawai-pegawai kerajaan dan juga tidak ketinggalan ahli keluarga yang terdekat. Majlis seperti ini telah pun diadakan beberapa kali dibeberapa lokasi sekitar Parlimen P171 Sepanggar bersempena dengan bulan ramadhan.  Namun apa yang istimewa pada kali ini adalah, ianya diadakan di kediaman Datuk Jumat sendiri. Ini adalah kerana, beliau ingin lebih dekat dan lebih rapat dengan rakyat Sepanggar khususnya. Suasana harmoni seumpama ini menunjukkan betapa beliau berjiwa rakyat dan senantiasa mencari ruang untuk memahami kehendak dan isi hati rakyat Sepanggar. 

Maka tidak hairanlah, jika beliau adalah pemimpin yang begitu dihormati dan disayangi oleh rakyat Sepanggar, sekaligus menjadikan beliau calon yang paling disebut-sebut di kawasan P 171 Sepanggar bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU13 yang akan datang.



0 comments:

Post a Comment